Popular Posts

FEEDJIT Live Traffic Feed

Followers

Blogroll


ShoutMix chat widget

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

28 October 2009

AMARAN BUAT KAUM HAWA..

AMARAN KEPADA ISTERI,KEKASIH,KAWAN DAN ANAK PEREMPUAN ANDA...
> > Kepada semua wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta anda sangat merbahaya !!!!
> > Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil> di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Hal ini telah> dikatakankan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,> terutama di Australia !> > Doktor berkata kepada seorang rakan yang ibunya disyaki mengidap> kanser payudara baru-baru ini: wanita tidak boleh meminum minuman yang> sudah lama berada di dalam kereta.Doktor berkata bahawa haba panas> yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia> tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.> Jadi berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang> sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan kirimkan mesej kepada> kenalan-kenalan wanita anda.> > Maklumat seperti ini sangat diperlukan (walaupun kita harus> berhati-hati kesahihannya) akan tetapi maklumat ini mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Haba panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan ia akan menyebabkan racun> ini menyerap pada sel-sel payudara.> Cubalah sedaya upaya mungkin untuk menggunakan bekas stainless steel> atau botol kaca.> Sebarkan agar semua orang yang mempunyai isteri atau teman/kenalan> wanita atau anak perempuan mengetahui tentang maklumat ini.

23 October 2009

menguap, mengantok dan sewaktu dgnnyer...

Assalamualaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh,


Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :



الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .


"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah...', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)
c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah..

buatmu teman..




salam wat smua..
x bnyk yg nk dperkatakan..
tp sya tujukan lgu nie wat smua sahabat2 yg mgenali diri ini..
khas wat syaz..untukmu teman dr seorg teman..
wk2 dgr lgu nie mcm kena dgn situasi yg d lalui..

lirik lagu nie..

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya


22 October 2009

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh Dr. M. Anjad Khan


Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.
Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.
EMULSIFIERSEMULSIFIERSEMULSI
e-codes

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,
E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

16 October 2009

RenUNGAN BerSama...


RenUNGAN BerSama...

Manusia, Malaikat, Syaitan ..
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak
Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah,
ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz


Manusia - Nak makan, laparlah ?

Malaikat - Wahai Anak Adam,
mulakanlah dengan
Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...
dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,
pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde
style langsung, nampak kampung!!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai
manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..
aahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam,
bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa..
rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan mengetahui!

Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
Maha Pengampun.

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti
seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.
Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2.
Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3.
Syaitan - Tak payahlah sibuk


aku - letak jer kat blog nie..semua boleh baca..

14 October 2009

lesson from iman Ghazali

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Exclaim
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Pencil Draw
Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
Cartoon Family Of Strawberries Bounce
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Dan The Duck Walking With Bag
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
Babies Love Hearts Floating
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

PELAJAR OH PELAJAR...

P-PENTINGKAN MASA DEPAN DAN PELAJARAN..

E-ELOKKAN AKHLAK..

L-LEBIHKAN USAHA..

A-AKTIF

J-JAGA KESIHATAN..

A-AMAL IBADAT..

R-RAJIN DAN REDHA..

09 October 2009

TEKA-TEKI P. RAMLEE 2

ASSALAMUALAIKUM...

hARAP KORANG SEMUA SIHAT LA HENDAK NYER...
ari nie saya nak bagi jwpn utk teke-teki nie..
jawapan dier sedekah...@ amal jariah..
selalunya kalau kita tgk dkat tbung msjid @ org yg mntk sedekah msri korng semua perasan kan yg dkat tubung @ bekas dorng msti ader bnyk wit syiling sikit2 wit RM 1 kadang2 nmpk la wit RM10 dan jarang2 sekali nmpk wit RM50..
klu nk nmpk ribu2 selalunya msk dalam bita yg mgatakan ader pihak smbngkan bribu2 utk satu rumak kbjikan dan sebagainyer...baru lah kita nmpk..yg 2 pun sekali sekala jer msuk..knpa yer???
entahlah..fikir2lah..
APA2 PUN CKIT KER BNYK JNJI KTA IKHLAS DALAM MEMBERI DAN ALLAH PASTI AKAN MURAHKAN REZEKI ORG YG MEMBERI DGN IKHLAS..
KLU X PCAYA CUBALAH IKHLAS DALAM MEMBERI APA PUN JUGA..
KLU X DER WIT PUN BLH SDEKAH CARA LAIN... SENYUMAN PUN DI KIRA SEDEKAH JUGAK..
MUKA MANIS HATI ORG YG PANDANG PON SENANG...
SBB KSUNTUKAN MASA SYA MNTK DIRI DULU..
WALAUPUN BNYK YG NK TULIS DALAM NIE...

NIE JWPN NYER...

1. Banyak2..jwpn dier wit syiling..
2. Sikit2.. jwpn dier RM 1.
3. Kadang2.. jwpn dier RM10
4. Jarang2.. jwpn dier RM50

jumpa di post akan datang wasalam...

03 October 2009

TEKA-TEKI P. RAMLEE..

ASSALAMUALAIKUM..

Kalau kita bercakap tentang teka-teki yang di beri oleh ahli nujum kepada p. ramlee dalam filem ahli nujum pak belalang mesti ramai yang ingat..tentang 4 soalan yang di tanya.. tapi untuk ari nie saya nak kongsikan salah satu teka-teki dalam filem tersebut..
Soalannya lebih kurang macam nie bunyinyer :
1. Banyak2..
2. Sikit2..
3. Kadang2..
4. Jarang2..
so jawapanya ramai dah tau iaitu kahwin..

Tapi...Untuk yang saya bagi ni jawapannya bukan kawin tapi..
nanti la sya bagi..rehatkan minda korang sebentar..
sambil2 2 boleh cari jawapannyer yang selain daripada kawin..
okeyla jumpa di post akan datang..

WASALAM...

TUNJUKKAN DI MANA TUHAN..

Ada seorang pemuda yang telah sekian lama belajar mencari ilmu di luar negara, kembali ke kampung halaman di tanah airnya. sesampai di rumah dia meminta kepada ibu bapa nya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa saja untuk menjawab 3 pertanyaan.
Akhirnya ibu bapa pemuda itu mendapatkan seorang kiyai untuk menjawab pertanyaan anak mereka.

PEMUDA: Anda siapa? Dan bolehkah anda menjawab pertanyaan2 saya?
KIYAI : Saya hamba ALLAH dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.
PEMUDA: Anda yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
KIYAI : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
PEMUDA: Saya ada 3 pertanyaan...
Pertama; Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.
Kedua; Apakah yang di namakan takdir?
Ketiga; Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dangan keras.
PEMUDA:(sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
KIYAI : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
PEMUDA: Saya sungguh2 tidak mengerti.
KIYAI : Bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA: Tentu saja saya merasakan sakit.
KIYAI : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
PEMUDA: Ya!
KIYAI : Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu!
PEMUDA: Saya tidak boleh.
KIYAI : Itulah jawapan pertanyaan pertama... Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudNya.
Apakah tadi malam anda bermimpi akan di tampar oleh saya?
PEMUDA: Tidak.
KIYAI : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan daripada saya hari ini?
PEMUDA: Tidak.
KIYAI : Itulah yang di namakan takdir.
Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
PEMUDA: Kulit.
KIYAI : Terbuat dari apakah pipi anda?
PEMUDA: Kulit.
KIYAI : Bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA: Sakit.
KIYAI : Walaupun syaitan di jadikan daripada api dan neraka juga di buat dari api, jika Tuhan mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

02 October 2009

LUCU TAPI...

LUCU YA...
Wang rm100.00 kelihatan begitu besar
bila dibawa ke tabung derma masjid,
tapi kelihatan begitu kecil bila
di bawa ke supermarket.

LUCU YA...
45minit terasa terlalu lama untuk
duduk di atas sejadah berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
perlawanan Liga Inggeris.

LUCU YA...
Betapa lamanya 2 jam berada
di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran filem
di panggung.

LUCU YA...
Susah untuk merangkai kata
untuk dipanjatkan saat berdoa
atau solat, tapi
betapa mudahnya mencari
bahan sembang kosong
bila bertemu rakan2.

LUCU YA...
Betapa syoknya
sepanjang waktu
menyaksikan perlawanan
bola pasukan kegemaran kita,
tapi betapa bosannya
bila imam solat Terawih
membaca surah panjang2.

LUCU YA...
Susah betul baca Al-Quran
1 juz saja, tapi novel best seller
500 halaman sanggup dihadap.

LUCU YA...
Orang2 berebut-rebut untk
duduk paling depan ketika
menyaksikan konsert artis
pujaan, tapi berebut cari
shaf paling belakang bila
time Jumaat agar
boleh keluar cepat.

LUCU YA...
Susah mengajak orang
untuk berdakwah, tapi
mudahnya mengajak untuk
bergosip.

LUCU YA...
Kita begitu percaya pada
apa yang dipaparkan oleh
surat khabar, tapi kita
sering persoalkan
apa yang dikatakan dalam
surah-surah ALLAH.

LUCU YA...
Semua orang ingin masuk
syurga tanpa harus
beriman, berfikir, berbicara
ataupun melakukan apa-apa...

LUCU YA...
Kita biasa mengirim ribuan
jokes melalui e-mail
atau sms, tapi
malas betul bila nak
send artikel-artikel
berkaitan dengan ibadah.


"Dan sampaikanlah berita
gembira kepada orang2
mukmin bahawa
sesungguhnya bagi
mereka kurnia yang besar
dari ALLAH S.W.T."


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More