Popular Posts

FEEDJIT Live Traffic Feed

Followers

Blogroll


ShoutMix chat widget

03 October 2009

TUNJUKKAN DI MANA TUHAN..

Ada seorang pemuda yang telah sekian lama belajar mencari ilmu di luar negara, kembali ke kampung halaman di tanah airnya. sesampai di rumah dia meminta kepada ibu bapa nya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa saja untuk menjawab 3 pertanyaan.

Akhirnya ibu bapa pemuda itu mendapatkan seorang kiyai untuk menjawab pertanyaan anak mereka.

PEMUDA: Anda siapa? Dan bolehkah anda menjawab pertanyaan2 saya?
KIYAI : Saya hamba ALLAH dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.
PEMUDA: Anda yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
KIYAI : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
PEMUDA: Saya ada 3 pertanyaan...
Pertama; Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.
Kedua; Apakah yang di namakan takdir?
Ketiga; Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dangan keras.
PEMUDA:(sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
KIYAI : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
PEMUDA: Saya sungguh2 tidak mengerti.
KIYAI : Bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA: Tentu saja saya merasakan sakit.
KIYAI : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
PEMUDA: Ya!
KIYAI : Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu!
PEMUDA: Saya tidak boleh.
KIYAI : Itulah jawapan pertanyaan pertama... Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudNya.
Apakah tadi malam anda bermimpi akan di tampar oleh saya?
PEMUDA: Tidak.
KIYAI : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan daripada saya hari ini?
PEMUDA: Tidak.
KIYAI : Itulah yang di namakan takdir.
Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
PEMUDA: Kulit.
KIYAI : Terbuat dari apakah pipi anda?
PEMUDA: Kulit.
KIYAI : Bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA: Sakit.
KIYAI : Walaupun syaitan di jadikan daripada api dan neraka juga di buat dari api, jika Tuhan mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More